Wednesday, November 21, 2012

Kek Coklat


pagi semua...  ; )
lama rasanya Che' Montel tak upload blog. Hari nie syoq sesangat psl nak perkenal produk terbaru keluaran Che' Montel...Superb moist chocolate cake!! Che' Montel rasa semua orang suka makan coklat. yang peliknya Che' Montel ni suka masak tapi x suka makan..pelikkan? Jangan ingat Che' Montel takut gemuk..klu nak gemuk x semestinya pasal makan coklat okay..so,untuk penggemar kek coklat, Che' Montel nak ajak untuk rasa air tangan Che' Montel...yummy2...kek coklat dengan limpahan ganache & taburan chocolate rice yang pastinya memikat rasa... ; )

Friday, September 14, 2012

Vanilla Cupcakes

Assalamualaikum...tengah syoq beristirehat di malam Jumaat ni, Che' Montel teringat pulak kat kek cawan vanila yang dah lama Che' Montel buat. Bukan sibuk sangat pun, cuma segan nak upload gambar ja, ntah macamana terlebih rajin la pulak malam ni, berkat malam Jumaat kot...hehehehe..resepi kek cawan ni sebenarnya Che' Montel ambik dari Myresepi.com...thanks to Miss Ad..resepi u memang mudah & sedap..Che' Montel terus terang bagitau yang ni adalah first trial, so nampak la kecomoton hiasan kek tu..biasalah kanak-kanak ribena baru nak belajar..kalau ada sapa-sapa yang nak cuba buat sendiri, nie resepinya...

Bahan-bahan ( 35 biji ) Che' Montel guna cup size B dapat lebih kurang 20 biji

150 g mentega
185 g tepung naik sendiri
150 gram gula kastor
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Untuk icing:

100 g mentega
200 g gula icing (Che' Montel guna 18og je..)
2 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanilla
chocolate rice utk tabur

Cara-cara

~Pukul butter dan gula hingga kembang & bewarna putih
~Masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti esen vanila
~Masukkan tepung yang dicampur dengan soda bikarbonat. Adun sebati
~Susunkan kertas kek cawan ke dalam acuan. Masukkan   adunan hingga 3/4 penuh (Che' Montel masuk 1/2 sebab nak hias dengan icing..)
~Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C (oven Che' Montel kena guna 160 C selama 20 minit sebab takut masak mengejut)
~Utk icing, pukul mentega dan gula icing hingga kembang. Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim
~Sapukan icing di atas kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan icing. Kemudian boleh tabur manik ataupun choc rice.


Selamat mencuba ya... ; )