Thursday, September 29, 2011

Biskut Mazola






Resepi nie special sangat2 sebab arwah mak yang warisi sejak dari dulu lagi...Che' Montel buat sendiri tau,tak guna mesin uli tepung,tak guna mesin goreng kacang.Pakai tangan ja..nak rasa sedap ka dak biskut mazola ni, jom la order. Penggemar biskut mazola punya pasal,Che' Montel bagi murah2, sebungkus macam kat atas tu haa ada 10 biji baru RM2..kalau rasa macam banyak sangat boleh kurang lagi,nak wat sehingget pun boleh. Pek kecil2 macam ni memang sesuai la sangat2 untuk dijadikan doorgift time kenduri kahwin, majlis lain pun ok jugak, asal nak bagi free kat tetamu tak salah tang mana pun..kalau musim raya pulak Che' Montel memang tak lepas peluang jual biskut nie, sebalang baru RM15, ada 50 biji lagi tu...murah kan? Rezeki ni Allah yang bagi, kalau sapa rajin dapat la habuan. Che' Montel tak kisah sangat untung ciput, asalkan rezeki tu halal & masyuk..  ; )

Monday, January 10, 2011






(gambar sekadar hiasan)


TERKINI !!! sedia menerima tempahan 'doorgift' untuk sebarang majlis...Warna tema & hiasan adalah mengikut citarasa pelanggan...

Tentunya kami akan pastikan kehendak pelanggan dipenuhi menepati budget yg dikehendaki,insyaallah.

Monday, July 5, 2010

Tempahan sempena hari raya..



1) Short Bread RM 24
2) Almond London RM 24
3) Tat Nenas RM 25
4) Biskut Mazola RM 15
5) Maruku RM15

Tuesday, June 22, 2010

TEMPAHAN KEK MARBLE



Thanks a lot k.Anie coz sudi tempah kek marble...hari tu Che' Montel dah kasi sampel untuk kawan2 rasa di opiz, siap standby lagi untuk dijual. Walaupun mula2 macam tak confident sbb takut tak habis tapi alhamdulillah tak sangka pulak sambutan yang diberikan amat menggalakkan, semalam ada lagi tempahan..benarlah kata pepatah "usaha tangga kejayaan..." Istimewanya kek marble ni 100% menggunakan butter sudah tentu membangkit rasa kelazatannya....