Tuesday, December 31, 2013

Pulut Kuning





Assalamualaikum...hari ni memang hari paling rajin, Che' Montel tak tau kenapa tapi dari pagi tadi sebelum subuh dah bangun & fikir macam-macam nak buat..walaupun berkerjaya, tapi Che' Montel best tau bila sampai bab bisnes-mem'bisnes' nie..gambar pulut kuning ni lama dah ambil, cuma segan nak upload ja. Hari ni terlebih rajin sampai 2,3 entry pulak Che' Montel masuk...hehehe...

Asalnya akak ni nak set pulut kuning & kari ayam ja, tapi ntah macamana last minute request nak tambah pulak buah tangan untuk tetamu dia..Che' Montel kebetulan cuti buat je la...bukan apa sangat, cuma moist chocolate cake & muffin ja...


Zaman la ni semua barang naik melambung-lambung, tapi Che' Montel tak la kapak customer...ala..kalau untung sikit pun dapat job banyak tetap banyak jugakkan??


Tak mau ngomel panjang2, jom belek harga berapa..nanti kena dengan budget boleh calling2 Che' Montel..heheh..


**set pulut kuning & kari ayam RM4.00

**Add on moist chocolate cake/ muffin RM1.50
(add on ni teringat pulak KFC, laparnya...hehehe..)


SHaring is Caring !!!


Sharing is caring !!!

Tampak mudahkan kawan2 ??? sebelum ni Che' Montel sendiri pun tak pernah terfikir nak try buat macam ni, asal nak buat cupcake or muffin ja mesti beli.. now dah ada cara, kita boleh try.. 
Kaedah ni Che' Montel tengok kat dalam Facebook, saja nak kongsi2..  ;-)


Muffin


kepong2 kepang2 kepong2 kepang2.....musim kenduri tiba lagi!!!

Che' Montel syoq sangat buat muffin ni, tak manis sangat, lembab2 gitu! Thanks a lot to m.cik yang meng'order' muffin vanila ni dari Che' Montel...katanya nak bagi jemputan makan puas-puas. Insyaallah Che' Montel buat sedap2, harap2 dapat la penuhi permintaan m.cik, amin...

Muffin ni actually ada macam-macam perisa, vanila, pandan, oren, pisang & coklat..kalau nak buat doorgift macam ni sesuai sangat..tahan banyak hari, tak mudah rosak, tak la membazir kan??








Wednesday, November 21, 2012

Kek Coklat


pagi semua...  ; )
lama rasanya Che' Montel tak upload blog. Hari nie syoq sesangat psl nak perkenal produk terbaru keluaran Che' Montel...Superb moist chocolate cake!! Che' Montel rasa semua orang suka makan coklat. yang peliknya Che' Montel ni suka masak tapi x suka makan..pelikkan? Jangan ingat Che' Montel takut gemuk..klu nak gemuk x semestinya pasal makan coklat okay..so,untuk penggemar kek coklat, Che' Montel nak ajak untuk rasa air tangan Che' Montel...yummy2...kek coklat dengan limpahan ganache & taburan chocolate rice yang pastinya memikat rasa... ; )

Friday, September 14, 2012

Vanilla Cupcakes

Assalamualaikum...tengah syoq beristirehat di malam Jumaat ni, Che' Montel teringat pulak kat kek cawan vanila yang dah lama Che' Montel buat. Bukan sibuk sangat pun, cuma segan nak upload gambar ja, ntah macamana terlebih rajin la pulak malam ni, berkat malam Jumaat kot...hehehehe..resepi kek cawan ni sebenarnya Che' Montel ambik dari Myresepi.com...thanks to Miss Ad..resepi u memang mudah & sedap..Che' Montel terus terang bagitau yang ni adalah first trial, so nampak la kecomoton hiasan kek tu..biasalah kanak-kanak ribena baru nak belajar..kalau ada sapa-sapa yang nak cuba buat sendiri, nie resepinya...

Bahan-bahan ( 35 biji ) Che' Montel guna cup size B dapat lebih kurang 20 biji

150 g mentega
185 g tepung naik sendiri
150 gram gula kastor
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Untuk icing:

100 g mentega
200 g gula icing (Che' Montel guna 18og je..)
2 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanilla
chocolate rice utk tabur

Cara-cara

~Pukul butter dan gula hingga kembang & bewarna putih
~Masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti esen vanila
~Masukkan tepung yang dicampur dengan soda bikarbonat. Adun sebati
~Susunkan kertas kek cawan ke dalam acuan. Masukkan   adunan hingga 3/4 penuh (Che' Montel masuk 1/2 sebab nak hias dengan icing..)
~Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C (oven Che' Montel kena guna 160 C selama 20 minit sebab takut masak mengejut)
~Utk icing, pukul mentega dan gula icing hingga kembang. Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim
~Sapukan icing di atas kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan icing. Kemudian boleh tabur manik ataupun choc rice.


Selamat mencuba ya... ; )

Thursday, September 29, 2011

Biskut Mazola






Resepi nie special sangat2 sebab arwah mak yang warisi sejak dari dulu lagi...Che' Montel buat sendiri tau,tak guna mesin uli tepung,tak guna mesin goreng kacang.Pakai tangan ja..nak rasa sedap ka dak biskut mazola ni, jom la order. Penggemar biskut mazola punya pasal,Che' Montel bagi murah2, sebungkus macam kat atas tu haa ada 10 biji baru RM2..kalau rasa macam banyak sangat boleh kurang lagi,nak wat sehingget pun boleh. Pek kecil2 macam ni memang sesuai la sangat2 untuk dijadikan doorgift time kenduri kahwin, majlis lain pun ok jugak, asal nak bagi free kat tetamu tak salah tang mana pun..kalau musim raya pulak Che' Montel memang tak lepas peluang jual biskut nie, sebalang baru RM15, ada 50 biji lagi tu...murah kan? Rezeki ni Allah yang bagi, kalau sapa rajin dapat la habuan. Che' Montel tak kisah sangat untung ciput, asalkan rezeki tu halal & masyuk..  ; )

Monday, January 10, 2011






(gambar sekadar hiasan)


TERKINI !!! sedia menerima tempahan 'doorgift' untuk sebarang majlis...Warna tema & hiasan adalah mengikut citarasa pelanggan...

Tentunya kami akan pastikan kehendak pelanggan dipenuhi menepati budget yg dikehendaki,insyaallah.

Monday, July 5, 2010

Tempahan sempena hari raya..



1) Short Bread RM 24
2) Almond London RM 24
3) Tat Nenas RM 25
4) Biskut Mazola RM 15
5) Maruku RM15

Tuesday, June 22, 2010

TEMPAHAN KEK MARBLE



Thanks a lot k.Anie coz sudi tempah kek marble...hari tu Che' Montel dah kasi sampel untuk kawan2 rasa di opiz, siap standby lagi untuk dijual. Walaupun mula2 macam tak confident sbb takut tak habis tapi alhamdulillah tak sangka pulak sambutan yang diberikan amat menggalakkan, semalam ada lagi tempahan..benarlah kata pepatah "usaha tangga kejayaan..." Istimewanya kek marble ni 100% menggunakan butter sudah tentu membangkit rasa kelazatannya....